Wednesday, 27 November 2013

Sistem Kawalan Keselamatan @ LEP3 bermula

Kawalan keselamatan di kejiranan LEP3 akan bermula pada 1hb Disember 2013.  Komuniti LEP3 telah mendapatkan perbandingan daripada beberapa syarikat yang menawarkan khidmat Kawalan Keselamatan.  Setelah dianalisa dan dikenalpasti syarikat-syarikat berdaftar, Komuniti LEP3 bersetuju melantik dan mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan yang mematuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Kenderaan keluar masuk akan diperiksa dan rondaan akan dibuat dari masa ke semasa.  Justeru, semua penduduk diminta bekerjasama bagi melancarkan sistem kawalan keselamatan terutama di jalan masuk utama.

Setiap kenderaan perlu melekatkan 'Sticker' Komuniti LEP3.

Pastikan Bayaran Pendaftaran & Bulanan dijelaskan demi kebaikan bersama.

Wednesday, 30 October 2013

Unit Berkuda PDRM meronda Taman LEP3

Kawalan keselamatan di Taman LEP3 dipertingkatkan lagi dengan kerjasama PDRM dengan membuat rondaan berkuda.  Terima kasih PDRM.








Kerja-kerja Penurapan Jalan LEP 3/1 di Taman Lestari Putra LEP3

Kerja-kerja membaiki Jalan LEP 3/1 sedang dijalankan oleh pihak MPSJ.  Terima kasih.




Saturday, 26 October 2013

Program Ramah Mesra Penduduk LEP3 Bersama JKP & Polis


JKP LEP3 bersama PDRM

Sekitar Program Ramah Mesra Penduduk LEP3 Bersama JKP & Polis
dan Pelancaran Pelekat Kereta & Rumah LEP3