Kawalan keselamatan di kejiranan LEP3 akan bermula pada 1hb Disember 2013. Komuniti LEP3 telah mendapatkan perbandingan daripada beberapa syarikat yang menawarkan khidmat Kawalan Keselamatan. Setelah dianalisa dan dikenalpasti syarikat-syarikat berdaftar, Komuniti LEP3 bersetuju melantik dan mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan yang mematuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Kenderaan keluar masuk akan diperiksa dan rondaan akan dibuat dari masa ke semasa. Justeru, semua penduduk diminta bekerjasama bagi melancarkan sistem kawalan keselamatan terutama di jalan masuk utama.
Setiap kenderaan perlu melekatkan 'Sticker' Komuniti LEP3.
Pastikan Bayaran Pendaftaran & Bulanan dijelaskan demi kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment