ISU KESELAMATAN DI LEP 3 MEMBIMBANGKAN?
KES-KES PECAH RUMAH SERTA KES PENYAMARAN berlaku di LEP 3. Isu keselamatan telah kembali menghantui para penduduk. Turut dibimbangi terdapat peningkatan kes penyamaran sebagai pekerja syarikat INDAH WATER, SYABAS dan TNB. Mereka menyasarkan pembantu rumah warga asing serta warga emas bagi memasuki rumah-rumah di sini. Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi beberapa orang penduduk yang prihatin telah menganjurkan satu pertemuan sesama penduduk di LEP 3 baru-baru ini. Pertemuan pertama telah diadakan pada hari Ahad 29/9/13. Seramai 138 orang telah hadir dengan memberikan pendapat serta cadangan bagi mengatasi isu keselamatan ini tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada pertemuan pertama itu.

Lanjutan daripada perjumpaan itu pertemuan bagi kali ke 2 telah diadakan iaitu pada 6/10/13 bagi memilih serta melantik Ahli Jawatankuasa Penduduk(JKP) bagi mewakili penduduk serta memikirkan cara terbaik bagi menangani serta berusaha menyelesaikan beberapa isu penduduk terutamanya isu keselamatan ini. Seramai 22 orang telah dipilih bagi menganggotai JKP ini. Mereka ini bertugas secara sukarela demi merealisasikan impian memastikan persekitaran serta kediaman di LEP 3 bebas daripada anasir-anasir yang tidak diingini berlaku.
Hasil daripada mesyuarat JKP baru-baru ini, perancangan bagi memasang palang/barrier gate tidak dapat dilaksanakan disebabkan ianya tidak memenuhi syarat MPSJ yang memerlukan 75% persetujuan daripada penduduk setempat. Disamping itu kutipan setakat ini yang berjaya dikumpul tidak mencukupi untuk menampung kos pemasangan palang/barrier gate dan kos bagi bayaran bulanan kepada syarikat keselamatan.
Diharap, semua penduduk dapat memberi sokongan bagi merealisasikan objektif keselamatan ini terlaksana demi kesejahteraan semua penduduk LEP 3.